TELUR abad itu apa? Bagaimana rasanya?
Telur abad (century egg) atau juga disebut sebagai telur padi merupakan hidangan makanan popular dalam kalangan masyarakat Cina. Ada juga yang memanggilnya telur hitam atau telur pindang Cina.
Mempunyai sejarah penciptaan sejak 600 tahun dahulu ketika Dinasti Ming, ia terhasil dari proses pengawetan telur itik, ayam atau puyuh yang disalut dengan campuran tanah liat, abu, garam, kapur dan sekam padi seterusnya dibiarkan selama beberapa minggu hingga beberapa bulan.
Meskipun pada namanya seolah-olah berusia 100 tahun, proses pengawetan hanya berlangsung sekitar beberapa minggu hingga beberapa bulan.
Proses pembuatannya mengubah sifat dan rupa isi telur iaitu kuningnya menggelap menjadi hijau tua dan kelabu manakala putihnya menjadi seperti agar-agar warna perang gelap dengan rasa yang unik dan kuat.
Ia juga tidak perlu lagi direbus, dan sedia dimakan setelah membersihkan selaput dan mengupas kulit telurnya.
Dalam penerangan biasa, rasa telur abad ini lembut dan earthy, berlemak dan sedikit masin. Ada juga yang membandingkan rasanya seperti truffle, mahupun seperti keju atau daging yang diperam lama.
Lazimnya, ia dimakan bersama bubur atau congee, namun masyarakat Tionghua telah memvariasikan cara hidangan dengan mencampurkannya dalam masakan sayuran, dijeruk bersama halia mahupun disira dengan pelbagai rempah lain untuk dijadikan lauk tambahan.
Telur abad dikatakan mempunyai khasiat tertentu selain menjadi pembuka selera yang digemari ramai. Ia mengandungi sumber zat besi, protein, selenium, vitamin D dan rendah karbohidrat. Masyarakat tradisional pula percaya ia merupakan sejenis makanan afrodisiak.
Selamat atau tidak?
Terdapat pandangan yang salah bahawa rupa telur abad menunjukkan bahawa ia sudah busuk atau rosak, kerana jika ia dibuat dengan betul, ia sebenarnya bebas bakteria ataupun kulat dan selamat untuk dimakan.
Bagaimanapun, memilih jenama dan produk yang dipercayai juga suatu kepentingan. Pengguna perlu berhati-hati dalam memilih produk telur abad kerana ada syarikat pengeluar yang tidak mengikut peraturan.
Media antarabangsa pernah melaporkan tentang kejadian di China, apabila mereka menggunakan bahan perangsang tertentu untuk mempercepatkan penghasilan dalam jumlah yang banyak.
Itu membawa kepada masalah lain seperti keracunan akibat perubahan kimia yang tidak sepatutnya pada telur berkenaan, termasuk penyerapan kandungan plumbum oksida yang bahaya untuk tubuh manusia.
Hukum
Sementara itu, bagi pemahaman orang Islam, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjawab tentang hukum memakan telur tersebut.
“Hukum makan telur padi adalah halal berpegang dengan kaedah fiqh yang menyebut: ‘Asal sesuatu makanan adalah halal melainkan terdapat dalil yang mengatakan haram’.
“Dalam masa yang sama, proses pembuatan dan pengawetan telur padi tidak mengandungi elemen-elemen yang mengubah kehalalan telur tersebut, maka hukum memakannya adalah halal selagi mana tidak dicampur dengan bahan-bahan yang diharamkan seperti arak, najis dan sebagainya,” jelas kenyataan di laman web rasminya.
Penjelasan itu menekankan, kebanyakan bau dan rasa yang kuat pada telur abad datang dari kuning telurnya kerana kandungan sulfur atau ammonia.
Berdasarkan kaedah dan proses pembuatan dan pengawetan yang tidak mencampurkan bahan-bahan yang diharamkan seperti arak serta kotoran-kotoran seperti najis, darah dan sebagainya, maka hukum memakan telur padi adalah halal. Kenyataan ini disokong dengan kaedah fiqh yang dipersetujui para ulama:
“(Hukum) asal dalam bab makanan adalah halal. Hukumnya tidak berubah kepada haram melainkan terdapat dalil khusus.” (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 5/124-125)
Lebih daripada itu, amalan pemakanan yang baik adalah apapun juga jenis makanan perlu diambil secara sederhana dan tidak terlalu kerap untuk tempoh waktu tertentu. Pelbagaikan sumber makanan kita dan yang utama adalah diet yang seimbang!
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Astro Awani
Sun Mar 27 2022
Telur abad mempunyai sejarah pembuatan sehingga 600 tahun lalu ketika Dinasti Ming. - Gambar hiasan/Facebook far_away_fox
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Uniknya telur abad atau telur padi... Ada yang suka makan hidangan ini?
Telur abad dikatakan mempunyai khasiat tertentu selain daripada menjadi pembuka selera.