awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rizab Antarabangsa BNM pada AS$126.9 bilion setakat 30 Jan, 2026
Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan belian kukuh saham mewah
Kementerian Digital rangka RUU Tadbir Urus AI, tangani ancaman deepfake - Gobind
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Untuk ibu hamil, ini caranya ketahui umur kandungan semasa proses imbasan

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
24/09/2020
03:00 MYT
Untuk ibu hamil, ini caranya ketahui umur kandungan semasa proses imbasan
Para ibu diingatkan supaya jangan lupa untuk pesan pada doktor agar mencetak gambar scan yang menunjukkan ukuran CRL dan lekatkan/simpan sebaik-baiknya dalam buku pink atau Antenatal.
PARA ibu hamil khususnya yang kali pertama melalui pengalaman istimewa itu, pastinya teruja menjalani setiap detik waktu kehamilan.
Semua perkara perlu diambil kira terutamanya apabila menjalani pemeriksaan pada setiap bulan.
Peluang yang paling tidak dilepaskan bagi ibu hamil adalah apabila tiba masa untuk menjalani pemeriksaan imbasan bayi dalam kandungan.
Namun tahukah anda, bagaimana untuk mengetahui umur kandungan melalui proses imbasan itu?
Melalui perkongsian Twitter dari Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, ada beberapa perkara yang ibu perlu tahu ketika pemeriksaan bayi.
Pertama, posisi bayi perlu seperti dalam gambar berikut ini:
Ketika scan, hidung bayi perlu jelas kelihatan seperti dalam gambar
Ketika scan, hidung bayi perlu jelas kelihatan seperti dalam gambar
Kedua, hidung bayi mesti jelas kelihatan.
Ketiga, antara dagu dan dada bayi mesti ada ruang. Dr. Izzat menjelaskan, bayi perlu kelihatan mendongak sedikit.
Seterusnya, kepala dan pinggul bayi pun mestilah jelas kelihatan.
Selain itu kata Dr. Izzat, untuk mengetahui usia kandungan juga perlulah mengukur dari hujung kepala (crown) ke hujung pinggul (rump).
“Ukuran ini dinamakan Crown Rump Length (CRL). Ukuran CRL ini akan bagitahu berapa minggu kehamilan. CRL ini dibuat masa awal-awal mengandung sahaja, dan paling tepat untuk tentukan umur kehamilan,” jelasnya.
Tambahnya, CRL perlu diukur sekurang-kurangnya dua kali pada awal kehamilan.
Beliau pada masa sama, mengingatkan para ibu supaya jangan lupa untuk pesan pada doktor agar mencetak gambar imbasan yang menunjukkan ukuran CRL dan lekatkan/simpan sebaik-baiknya dalam 'buku pink' atau rekod kesihatan ibu (antenatal).
“Penting ni. Kalau dia (doktor) lupa, tolong ingatkan,” ujarnya lagi.
Buku pink adalah kad antenatal atau pranatal yang diperolehi di klinik atau hospital kerajaan.
Buku pink adalah kad antenatal atau pranatal yang diperolehi di klinik atau hospital kerajaan.
Macam mana tahu umur kandungan melalui scan ? . Posisi baby kena seperti dalam gambar Hidung baby mesti jelas nampak Antara dagu dan dada baby mesti ada ruang. Baby kelihatan mendongak sikit Kepala dan pinggul pun mesti jelas kelihatan pic.twitter.com/5SOoDCLKbO
— Muhammad Izzat (@muhammadeizat) September 1, 2020
Topic Berkaitan
#bayi
#hamil
#imbasan kandungan
#kesihatan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan