awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Viral wanita 'dihendap' dalam tandas awam, satu lagi gangguan seksual?

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/11/2016
05:40 MYT
Viral wanita 'dihendap' dalam tandas awam, satu lagi gangguan seksual?
Golongan wanita disaran membawa teman apabila memasuki tandas awam yang sunyi.Foto/Facebook Wahida Zainal
JIKA semalam, Astro AWANI ada menyiarkan laporan berkenaan seorang wanita yang mendakwa dirinya menerima gangguan seksual ketika di dalam tren LRT, hari ini satu lagi cerita hampir serupa viral di media sosial.
Kali ini membabitkan seorang wanita yang mendakwa dirinya dihendap seorang lelaki ketika berada dalam tandas di sebuah stesen minyak.
Dalam perkongsian status di Facebook, Wahida Zainal Abidin menceritakan, kejadian berlaku malam tadi (10 November) di stesen minyak yang terletak di Kajang.
Kata Wahida, selepas menyedari ada lelaki sedang mengintipnya, dia menjerit sekuat hati namun sayangnya, jeritannya tidak didengari sesiapa.
Apa yang dibimbanginya ketika itu ialah jika lelaki berkenaan memiliki senjata dan akan mencederakannya.
Wahida turut berkongsi sebuah video dari kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari stesen minyak itu.
Menerusi video itu, seorang lelaki dilihat keluar dari tandas lelaki, sebelum memasuki tandas wanita yang terletak di sebelahnya.
Menerusi komen yang diberikan, netizen rata-ratanya marah dan risau dengan kejadian itu.
Golongan wanita khususnya saling menasihati untuk lebih berwaspada dan disarankan agar membawa teman apabila ke tandas awam.
Ada juga mencadangkan agar stesen minyak menyediakan petugas di tandas, apatah lagi jika lokasi tandas terletak di bahagian belakang dan agak tersorok dari perhatian umum.
Status dan video yang dikongsi Wahida itu telah ditonton lebih 1 juta kali dan telah menerima lebih 41 ribu perkongsian.
Astro AWANI tidak dapat memuat naik visual insiden tersebut kerana ia merupakan bukti bagi membantu siasatan polis.
Topic Berkaitan
#gangguan seksual
#tandas awam
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan