awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Vivy Yusof, Neelofa ke Manila bagi sidang kemuncak Forbes Asia 2017

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
25/07/2017
12:17 MYT
Vivy Yusof, Neelofa ke Manila bagi sidang kemuncak Forbes Asia 2017
Kedua-dua usahawan wanita ini tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 yang turut mengetengahkan 300 individu terhebat di rantau Asia- Foto Instagram (Vivy Yusof/ Neelofa)
Pengasas Bersama FashionValet, Vivy Yusof dan pelakon serta pengasas syarikat NH International, Neelofa yang tersenarai dalam kategori yang sama iaitu “The 30 Under 30 Asia: Retail & Ecommerce“ ke Manila, Filipina bagi sidang kemuncak Forbes Asia 2017 yang bermula hari ini.
Kedua-dua usahawan wanita itu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 yang turut mengetengahkan 300 individu terhebat di rantau Asia dalam beberapa bidang tertentu.
Sidang kemuncak ini turut menyatukan kesemua pemain industri masing-masing bagi berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat.
Fashion Valet merupakan antara laman beli belah atas talian yang semakin berkembang di rantau Asia dengan lebih 400 jenama fesyen di bawahnya.
Manakala produk Naelofar sehingga kini telah terjual di lebih 35 buah negara termasuk Chelsea, London.
Malyasia's dynamic duo, @vivyyusof & @Neelofa are entrepreneurs who created business ventures in entertainment, fashion & social media. pic.twitter.com/c1oDdcOGmo
— Forbes Asia (@ForbesAsia) July 25, 2017
"As a Muslim woman, I believe in gender equality for all." a href="https://twitter.com/Neelofa">@Neelofa pic.twitter.com/h61CQTPdrb
— Forbes Asia (@ForbesAsia) July 25, 2017
We speak with this year top female entrepreneurs about the shifting perception of women in the workplace. #under30summit pic.twitter.com/yiiJcf3oDW
— Forbes Asia (@ForbesAsia) July 25, 2017
Semua individu yang menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.
Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim dan Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).
Topic Berkaitan
#FashionValet
#Forbes Asia 2017
#Naelofar
#Neelofa
#The 30 Under 30 Asia
#Vivy Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan