KOTA BHARU:Tidak ramai wanita berjaya dalam bidang pekerjaan yang dimonopoli lelaki, namun kejayaan dicapai apabila wanita ini mampu mengajar dan memandu sendiri treler serta jentera berat, juga motosikal berkuasa tinggi.
Jurulatih Institut Memandu Anda Melor, Rosniza Ghazali, 42, anak kelahiran Kampung Kedai Buloh di sini pernah menjadi wanita pertama merintis bidang pemanduan di Kelantan apabila menyertai kursus GDL Bersendi (treler), mengajar lori Kelas E dan Jentera Berat Berantai Kelas 1 pada 2012.
Malah, beliau pernah menjadi guru memandu wanita tunggal dan pertama di Akademi Memandu Berhemah Kotaraya pada 2003, atas bimbingan dan tunjuk ajar ketuanya di Institut Akademi Memandu Anda Melor, Kamaruddin Hassan, kemudian ke Harmony Driving Academy Sungai Buloh, Selangor pada 2005 hingga 2011, namun kembali berkhidmat di Institut Akademi Memandu Anda Melor sehingga sekarang.
"Mengajar memandu ini melibatkan nyawa dan cenderung kepada risiko kemalangan jalan raya, sebab itulah tidak ramai wanita menyertai bidang ini.
"Mungkin ramai tidak tahu bidang ini memang lasak, namun keseronokan dan kepuasan hanya mereka yang berada dalam bidang ini sahaja boleh merasainya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Institut Memandu Anda Melor di sini hari ini.
Berkecimpung selama 19 tahun dalam bidang pemanduan dan melatih calon mendapatkan lesen memandu, Rosniza pernah mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) pada 2002, malah beliau berjaya menjadi guru memandu wanita dalam kalangan 10 orang di Kelantan ketika itu.
"Masa mula-mula menjadi guru memandu, memang saya akui tanggapan orang ramai terhadap guru wanita yang tidak yakin dengan kecekapan dan kemahiran dalam pemanduan.
"Ketika itu, ramai yang tidak yakin apabila saya boleh mengajar mereka memandu, namun ada dalam kalangan calon yang mahukan guru wanita terutama mereka yang menjaga aurat dan lebih selesa dengan kaum wanita," katanya.
Mengulas lanjut, kata Rosniza setelah seorang calon berjaya mendapatkan lesen, lama-kelamaan rasa tidak yakin itu beransur hilang dan semakin ramai yang memohon guru memandu wanita mengajar mereka.
Menariknya dalam pengalaman Rosniza menjadi guru memandu wanita, beliau sentiasa berhadapan dengan pelbagai ragam calon, malah tidak dapat melupakan seorang calon yang sangat fobia belajar memandu.
"Tidak silap pada 1997 calon perempuan berusia 18 tahun belajar kereta namun akibat terlalu takut, semasa mempraktikkan kemahiran itu dia mengambil masa satu jam untuk menggerakkan kereta.
"Bayangkan ketika pertama kali dia memandu, stereng yang dibawa berpusing ke kiri dan kanan semasa di jalan raya berikutan perasaannya yang terlalu gemuruh," katanya.
Rosniza berkata dalam situasi sebegitu, beliau mengambil langkah menenangkan calon berkenaan, memujuknya supaya tidak lemah semangat dan meneruskan usaha sehingga mendapat lesen memandu.
Menurutnya, usaha itu berhasil apabila calon tersebut berjaya mendapatkan lesen memandu setelah mengambil kelas teori dan praktikal selama dua hari dalam tempoh 25 jam.
Kini, Rosliza lebih menumpukan perhatian namun terhadap pengurusan di pejabat, namun sesekali atas minatnya beliau masih meninjau keadaan di litar kerana di situlah tempat dia bermula.
Sementara itu, calon untuk lesen motosikal berkuasa tinggi, Mohd Zulkarnain Deraman, 44, berkata beliau yakin dengan kebolehan yang dimiliki oleh Rosniza sebagai Pelatih dan Penilai bagi lesen memandu kenderaan berat.
"Pada mulanya saya terkejut melihat wanita yang mengajar lelaki memandu, tetapi apabila berurusan dalam bidang ini, beliau tahu semua selok-belok mengenai kenderaan berat dan lasak," katanya.
Bagi Mohd Shahiran Md Radze, 37, dari Kok Lanas, beliau menaik taraf lesen lorinya daripada tiga tan kepada lori 7.5 tan ke bawah di institut memandu tersebut.
"Rosniza mampu membuktikan bidang sebegini dapat dikuasai oleh wanita sekali gus usahanya memberi semangat untuk calon lebih yakin bahawa kita boleh memandu dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 19 2020
Rosniza hadir membuat pemeriksaan ujian pemanduan lesen kelas memandu E (Lori) di Akademi Memandu Anda Melor di Kota Bharu, 19 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
Wanita ajar lelaki pandu treler, jentera berat, motosikal kuasa tinggi
Rosniza pernah menjadi guru memandu wanita tunggal dan pertama di Akademi Memandu Berhemah Kotaraya pada 2003.
Polis Arizona dedahkan video kemalangan maut libatkan kereta Uber pandu sendiri
Persoalan yang timbul kini adalah mengapa sistem sensor tidak mengesan kehadiran mangsa yang ketika itu sedang melintas jalan.