KUALA LUMPUR: Bermula dengan kalimah 'Bismillah' yang menggema setiap sudut dewan, sekumpulan anak muda yang menggelarkan diri mereka sebagai Zeppo Youngsters tangkas melenggokkan rentak badan mengikut muzik yang berkumandang.
Lengkap dengan busana pahlawan Melayu, gerak tari 24 anak muda itu di stadium tertutup Singapura dalam satu pertandingan yang menterjemahkan gabungan tarian kuda kepang dan hip hop akhirnya berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara pertandingan 'Super 24' pada tahun lepas.
Hakikatnya, tidak hanya persembahan itu sahaja malah kumpulan yang terdiri daripada belia berusia 20 hingga 28 tahun itu, kini menjadi tumpuan peminat tari tempatan mahupun luar negara apabila tampil dengan identiti unik gabungan tarian tradisional serta moden khususnya hip hop.
Keistimewaan itu menurut pengasasnya, Faris Azim Abd Karim, 26, yang berperanan sebagai koreografi, membuatkan dia dan ahli kumpulannya sentiasa didatangi dengan soalan daripada mereka yang teruja dan tidak menyangka tarian anak muda hip hop boleh digabungkan dengan gerak tari tradisional.
"Setiap kali selesai persembahan memang soalan tarian fusion (gabungan hip hop dan tradisional) itu antara paling kerap ditanya, tentang bagaimana dapat idea untuk hasilkan tarian sebegitu.
"Kami sebenarnya bermula pada 2011 sebagai kumpulan tarian hip hop, namun ada sesuatu yang membuatkan kami rasa tidak puas. Jadi pada 2018, Zeppo Youngsters nekad menyuntik kelainan dengan berani mengambil risiko memperjuangkan tarian tradisional secara fusion menerusi tarian hip hop," katanya kepada Bernama.
Giat mengukuhkan identiti dalam dunia tari, anak kelima daripada enam beradik ini berkata kalimah 'Bismillah' yang digemakan dalam dewan atau stadium sebelum memulakan persembahan juga merupakan antara satu lagi imej yang dibawa kumpulan itu.
Sebagai umat Islam yang digalakkan membaca kalimah 'Bismillah' sebelum melakukan sesuatu bagi mendapat keberkatan Allah SWT, menurut Faris Azim, dia cuba mengetengahkannya dalam dunia tarian sebagai 'mesej tersembunyi' kepada anak muda untuk tidak leka dengan muzik.
Ternyata percaturan kumpulan ini tidak silap apabila Zeppo Youngsters semakin melakar nama tidak hanya dalam persada dunia tari tempatan tetapi juga antarabangsa apabila berjaya merangkul 17 pingat antaranya 'Super 24' di Singapura, 'Summer Jam Camp Dance' di Vietnam dan 'Eat D Beat 2019' di Indonesia.
Paling membanggakan apabila perjalanan seni mereka mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama negara yang dinobatkan sebagai juara 'Body Rock 2023' di San Diego, California, Amerika Syarikat tahun lepas sekali gus mengetepikan cabaran kumpulan tarian lain seluruh dunia.
"Kami memilih lantai tari sebagai medan memartabatkan warisan negara dan menerusi tarian fusion, ia bukan sahaja dapat menarik minat anak muda tetapi juga bermatlamat untuk menerbangkan budaya kita ke persada antarabangsa.
"Selain tarian kuda kepang, kami juga gabungkan tarian hip hop dengan dikir barat dan silat yang diterjemahkan juga melalui gayaan baju, adab serta sikap dalam setiap persembahan sekali gus memperkenalkan Malaysia kepada orang luar," katanya.
Mengakui ia bukanlah sesuatu yang mudah, Faris Azim yang berpegalaman lebih satu dekad dalam dunia tari, berkata lazimnya dia mengambil masa untuk menghayati rentak muzik terlebih dahulu sebelum mengilhamkan sebarang gerak tari.
Menurutnya dia juga akan melakukan kajian serta merujuk kepada mereka yang pakar bagi memastikan koreografi tarian yang diciptakan itu masih menghormati elemen asas seni warisan dan tidak menyuntik kelainan yang boleh merosakkannya.
"Elemen silat yang dibawakan hanya asas dan setakat ini kami banyak mendapat sokongan pakar tarian tradisional mahupun silat sekali gus membantu perjuangan mereka mempertahankan budaya warisan," katanya yang belum puas dan mahu melebarkan lebih jauh lagi sayap dalam dunia tari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Perjalanan seni mereka mencipta sejarah apabila menjadi pasukan pertama negara yang dinobatkan sebagai juara 'Body Rock 2023' di San Diego. - Foto BERNAMA
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Zeppo Youngsters perkenalkan Malaysia melalui tarian
Zeppo Youngsters berjaya menambat hati juri untuk dinobatkan sebagai juara pertandingan 'Super 24' pada tahun lepas.