Skip to main content

Dunia

AS bakal bebaskan penyanyi rap Sean Diddy tiga bulan lebih awal dari tarikh asal

41720130244_SeanDiddyCombs.jpg
Combs sedang menjalani hukuman penjara 50 bulan di Institusi Pemulihan Persekutuan di Fort Dix, New Jersey atas dua pertuduhan memperdagangkan orang bagi tujuan pelacuran. - Gambar fail
Advertisement

WASHINGTON: Jangkaan tarikh pembebasan penyanyi rap Amerika Syarikat (AS), Sean "Diddy" Combs, telah diawalkan hampir tiga bulan, daripada tarikh asal pada 8 Mei kepada 8 Februari 2028, susulan beberapa pindaan, lapor RIA Novosti pada Isnin selepas menyemak pangkalan data penjara AS.

"Nama: SEAN COMBS... Umur: 56... Tarikh Pembebasan: 02/08/2028, Lokasi: FCI (Institusi Pemulihan Persekutuan) Fort Dix," menurut kandungan pangkalan data berkenaan.

Selepas dijatuhkan hukuman, jangkaan tarikh pembebasan awal Combs pada mulanya ditetapkan pada 8 Mei 2028, sebelum ditunda kepada 4 Jun 2028. 

Tarikh berkenaan kemudiannya diawalkan beberapa kali - bermula 25 April, diikuti 15 April, dan terbaharu kepada 23 Februari 2028.

Combs sedang menjalani hukuman penjara 50 bulan di Institusi Pemulihan Persekutuan di Fort Dix, New Jersey atas dua pertuduhan memperdagangkan orang bagi tujuan pelacuran. Beliau berada dalam tahanan sejak September 2024.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement