Skip to main content

Dunia

Eric Dane meninggal dunia pada usia 53 tahun

Actor Eric Dane arrives to the 12th annual GQ "Men of the Year" party at the Chateau Marmont hotel, in Los Angeles, Dec. 5, 2007. (AP Photo/Chris Pizzello, File)
Dane dikenali ramai menerusi watak Dr Mark Sloan dalam “Grey’s Anatomy” yang melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa. - Foto AP

LOS ANGELES: Pelakon terkenal Hollywood, Eric Dane, yang dikenali menerusi drama popular Grey's Anatomy dan Euphoria, dilaporkan meninggal dunia pada usia 53 tahun.

Menurut kenyataan wakil publisitinya, Dane menghembuskan nafas terakhir pada Khamis petang selepas berjuang melawan penyakit amyotrophic lateral sclerosis (ALS), atau lebih dikenali sebagai penyakit Lou Gehrig.

Advertisement

“Dengan hati yang berat, kami memaklumkan bahawa Eric Dane telah meninggal dunia pada Khamis petang selepas perjuangan berani menentang ALS.

"Beliau menghabiskan hari-hari terakhirnya dikelilingi rakan-rakan rapat, isteri tercinta serta dua anak perempuannya, Billie dan Georgia, yang menjadi pusat kehidupannya,” menurut kenyataan itu.

Sepanjang berdepan penyakit berkenaan, Dane aktif memperjuangkan kesedaran dan penyelidikan berkaitan ALS, dengan harapan dapat membantu mereka yang melalui perjuangan sama.

Beliau sebelum ini mengumumkan diagnosis penyakit tersebut pada tahun 2025 dan sejak itu komited menjadi suara kepada pesakit ALS.

Dane dikenali ramai menerusi watak Dr Mark Sloan dalam “Grey’s Anatomy” yang melonjakkan namanya di peringkat antarabangsa. Beliau turut membintangi siri “Euphoria” yang mendapat sambutan meluas.

Keluarga mendiang memohon agar diberikan ruang privasi ketika melalui saat sukar ini.

 

 

Must Watch Video