Kini rakyat Malaysia boleh melakukan pengembaraan maya ke 90% jalan raya awam di negara ini dengan menggunakan Google Street View.

Ini satu teknologi yang memudahkan kita bukan sahaja untuk pelancongan tetapi juga untuk mengenali destinasi yang kita tujui sebelum sampai ke sana.

Kita dapat merancang perjalanan dengan baik dan kemungkinan besar mengelakkan pembaziran selain kemalangan jalan raya kerana kita sudah mengecam tempat yang kita tuju.

Bagaimanapun ia mendapat rungutan dari segi privasi kerana masih ada imej individu dan juga plat nombor kenderaan yang masih belum dikaburkan.

Selain itu, ada rungutan mengenai isu keselamatan kerana mungkin ada di kalangan kita yang masih belum bersedia untuk menerima teknologi seperti ini.

Mungkin juga mereka tidak sedar bahawa gambar yang ditunjukkan Street View bukan dalam masa sebenar ataupun 'real time'.

Ikuti penjelasan Ketua Komunikasi Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof.