Adakah gambar anda atau plat nombor kenderaan dapat dilihat dengan jelas pada Street View?

Jika anda rasa privasi dan keselamatan anda terancam oleh Street View, sila laporkan kepada Google.

Dalam video ini, Ketua Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof menerangkan cara melaporkan masalah privasi & keselamatan di Street View kepada Google.

Menurut Zeffri, respon atau tindakan akan diambil Google dalam tempoh 24 jam selepas ia dilaporkan.