awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tema konsol klasik PlayStation kini boleh digunakan di PS5 secara kekal

Amanz
Amanz
25/04/2025
05:30 MYT
Tema konsol klasik PlayStation kini boleh digunakan di PS5 secara kekal
Sony kini membenarkan tema klasik dari PlayStation 1 hingga PlayStation 4 diaktifkan secara kekal pada PlayStation 5. -Amanz
SEMPENA ulang tahun ke-30 Disember lalu, Sony memberikan tema klasik konsol PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4 diberikan pada PlayStation 5.

Ringkasan AI
  • Sony kini membenarkan tema klasik dari PlayStation 1 hingga PlayStation 4 diaktifkan secara kekal pada PlayStation 5.
  • Kemas kini terbaharu juga mengubah animasi but naik PS5 kepada animasi but PlayStation asal.
  • Ciri baharu "audio focus" membolehkan pengguna memperibadikan tetapan audio menggunakan fon kepala.

Ciri ini cukup popular tetapi hanya ditawarkan untuk tempoh yang terhad dengan ia dinyahaktifkan oleh Sony selepas beberapa bulan.
Semalam, kemas kini terkini PlayStation 5 telah diberikan dan kini semua tema klasik boleh diaktifkan pemilik secara kekal.
Keputusan memberikan ciri ini secara kekal diambil selepas ia menerima reaksi luar biasa daripada pemilik dan ramai meminta ia dikembalikan semula.
Selain tema serta audio daripada PlayStation 1, PlayStation 2, PlayStation 3 dan PlayStation 4, animasi serta but naik PS5 juga diubah kepada animasi but PlayStation asal yang cukup ikonik.
Untuk mengubah tema, anda harus pergi ke tetapan Appearance di dalam konsol.
Selain tema konsol, kemas kini turut memberikan ciri baharu “audio focus”.
Menerusi ciri ini, tetapan audio menggunakan fon kepala boleh diperibadikan dengan tumpuan kepada suara, mengubah keseimbangan saluran audio dan tahap kekuatan fokus audio yang ingin digunakan. -Amanz
Topic Berkaitan
#Sony
#PlayStation
#tema klasik
#ubah animasi but naik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan