SEJAK iPhone 14, model Plus telah diperkenalkan yang membawakan saiz sama dengan iPhone model Pro Max.

Sementara model biasa mengekalkan saiz sama dengan model Pro. Perkara ini diteruskan sehingga iPhone 15 dan kelak iPhone 16.

Tetapi akan datang, iPhone 17 mungkin menawarkan model Plus dengan saiz skrin yang lebih kecil.

Model Plus setakat ini menggunakan saiz skrin 6.7-inci. Ross Young tidak mendedahkan saiz sebenar iPhone 17 Plus, tetapi terdapat ura-ura yang iPhone 16 Pro dan iPhone 16 Pro akan menggunakan saiz skrin lebih besar iaitu 6.3-inci dan 6.9-inci.

Jika iPhone 17 Plus menggunakan saiz skrin lebih kecil dan tidak lagi sama dengan Pro Max, Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.

Jika iPhone 17 Plus menggunakan saiz yang lebih kecil, adakah anda akan mempertimbangkan untuk terus membeli model Pro atau cuba menahan diri dan gunakan sahaja model Plus yang saiznya semakin mengecil? -Amanz