AHLI politik di mana-mana belahan dunia pun barangkali semuanya sama — kurang dipercayai oleh masyarakatnya. Atas rasa kurang percaya itu, masyarakat jadi sinikal terhadap mereka. Ahli politik jadi modal bahan jenaka apabila kita bergurau senda di kedai kopi, di majlis kenduri dan di dunia maya.
Rasa kurang percaya kepada ahli politik itu bukan keterlaluan dan berlebih-lebihan atau sengaja diada-adakan. Ia bukan satu pernyataan yang dibuat-buat. Ia kisah benar.
Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Institut Etika Perniagaan Malaysia (BIEM) pada 2006 mengenai siapakah yang mereka percaya berkata benar, ahli politik duduk di tangga paling bawah. Doktor dan guru muncul orang yang terpercaya. Wartawan dan pembaca berita televisyen duduk di tengah-tengah di antara 15 profesyen yang dikajiselidik.
Kajian pada 2006 itu menunjukkan trend yang hampir serupa dengan kajian sama yang dilakukan di Britain. Malah agensi di Britain itu menjalankan kajian yang sama setiap tahun. Dalam kajiannya yang terbaru pada awal tahun ini, ahli politik tidak berganjak duduk di takah paling bawah manakala doktor dan guru tetap masih di dua tempat teratas.
Wartawan — barangkali dek skandal media milik taikun Rupert Murdoch yang menggemparkan bukan saja Britain malah seluruh dunia — jatuh ke tangga yang ke-13, dua anak tangga lebih dipercayai berbanding ahli politik.
Tetapi pokoknya — mengikut kaji selidik itu — ahli politik tetap tidak boleh dipercayai.
Dalam satu kajian lain melibatkan wakil rakyat di Britain yang diumumkan pada minggu lalu, agensi berkenaan merumuskan betapa masyarakat di negara itu mempunyai rasa sinis yang cukup tinggi kepada ahli politik.
Kajian itu mendapati bagaimana masyarakat di Britain melihat wakil rakyat mereka lebih mengutamakan kepentingan peribadi dan parti berbanding kepentingan negara atau rakyat yang mereka wakili.
Kajian yang dilakukan di Britain itu tidak keterlaluan kalau dijalankan di mana-mana belahan dunia pun mungkin sama. Sebagai rakyat, tidak banyak yang boleh mereka lakukan selain menunggu untuk menyatakan suara setiap lima tahun sekali melalui peti undi. Selain daripada itu, apa?
Maka itu, tidak hairanlah kenapa banyak orang di serata dunia dapat memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penduduk di sebuah bandar di Mexico apabila mereka mencalonkan seekor kucing dalam pemilihan datuk bandar yang akan diadakan pada 7 Julai ini.
Kucing tompok hitam putih itu namanya Morris. Umurnya 10 bulan. Ia asalnya hanya satu gurauan oleh dua sahabat tetapi selepas beberapa minggu pencalonan itu dihebahkan melalui Facebook, jenaka mereka jadi fenomena sosial media terutamanya di kalangan masyarakat yang bertutur dalam bahasa Sepanyol di serata dunia.
Laman Facebook Morris mempunyai lebih 134,000 klik "Like". Angka itu jauh lebih tinggi daripada calon-calon yang bertanding dalam pemilihan tersebut.
"Morris sudah jadi luahan kekecewaan orang ramai kepada parti politik dan sistem politik yang tidak mewakili rakyat," kata tuan kucing itu, Sergio Chamorro.
Chamorro dan temannya menghebahkan pencalonan Morris dengan kempen bahawa kucing itu akan melakukan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat selama ini — tidur, makan dan bermain-main. Kempennya berbunyi: "Tired of voting for rats? Vote for a cat (Jelak mengundi tikus. Undilah seekor kucing.)"
Selain Morris, ada sekurang-kurangnya empat haiwan peliharaan lain yang dimajukan dalam pilihan raya kerajaan tempatan di Mexico pada tahun ini tetapi tidak ada yang mencapai tahap populariti kucing yang seekor itu.
Badan yang mengendalikan pemilihan datuk bandar itu dalam reaksinya menggesa pengundi supaya tidak membazirkan undi mereka dengan membuat undi rosak memilih Morris. Tidak mustahil, itulah yang akan mereka lakukan pada 7 Julai nanti.
Tetapi kita di sini, adakah kita lebih bernasib baik dari pengundi di sebuah bandar raya di Mexico itu?
Noor Azam Shairi
Fri Jun 21 2013
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Tanah Haram bukan tempat sebar slogan politik - Sheikh Sudais
Sheikh Sudais juga mengingatkan para jemaah untuk tidak membiarkan isu-isu lain menjejaskan tumpuan mereka beribadah.
Thailand di kedudukan ke-63 Indeks Demokrasi EIU 2023
Indeks itu berdasarkan 5 kategori iaitu proses pilihan raya dan pluralisme, kebebasan sivil, fungsi kerajaan, penyertaan politik dan budaya politik.
Penggabungan PDP-PSB ikut undang-undang - Tiong
Tiong King Sing turut menegaskan penggabungan itu juga tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil (PRK) di Sarawak.
Tiada perang dingin Muhyiddin, Abdul Hadi - Syed Muhammad Imran
Syed Muhammad Imran turut menafikan hubungan antara Muhyiddin, dengan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam keadaan tidak baik.
Politiking berterusan hanya akan merugikan rakyat dan negara - Hajiji
Hajiji berkata beliau tidak mahu Kerajaan Negeri Sabah diheret dalam permainan tidak bertanggungjawab.
Sikap hormat terhadap prinsip demokrasi dalam kalangan wakil rakyat masih lemah - Penganalisis
Ahli Dewan Rakyat ketika ini tidak mencapai kelas penggubal undang-undang yang setaraf negara demokrasi matang dan maju.
Hajiji tumpu bantu rakyat, tidak mahu buang masa cakap politik
Hajiji sedar ada yang tidak menyukai dan mengkritiknya, namun sebagai Ketua Menteri usaha memajukan Sabah serta membantu rakyat lebih utama.
Pemimpin pembangkang India Rahul Gandhi akan mulakan 'Perjalanan Keadilan' sejauh 6,200km
Badan pembuat keputusan tertinggi parti Indian National Congress mahu Rahul menjelajah negara itu dari timur ke barat.
GPS belum beri 'lampu hijau' untuk ahli PSB sertai PDP
Abang Johari berkata belum ada sebarang mesyuarat gabungan politik itu bagi membincangkan isu ahli PSB menyertai PDP selepas pembubaran PSB.