MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong PAS akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu PAS menyertai BN, dan ada mahu PAS keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.
Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan PASlah yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. PASlah yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. PASlah yang mempunyai sokongan akar rumput yang kuat. PASlah yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.
Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan PAS adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan PAS tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP.
Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun PAS tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.
Tepatkah alasan PAS tersebut?
Saya bersetuju parti PAS mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan PAS sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.
Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika PAS bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk PAS menyaingi kekuatan UMNO sebagai parti orang Melayu dan Islam.
PAS hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.
Saya cukup yakin sekiranya PAS bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh PAS adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan.
Jika meragui kenyataan saya ini, PAS boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian PAS dalam pilihan raya yang akan datang.
Perlukah PAS menyertai BN?
Jika PAS sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah PAS keluar dari PR. Selagi PAS dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa PAS adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya.
Jika PAS keluar dari PR, apakah PAS perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.
Ketiga, saya mahu tahu kekuatan PAS selepas meninggalkan PR. Apakah PAS akan kekal kuat? Apakah PAS kekal disokong oleh anak muda? Apakah PAS boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa PAS dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah PAS ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain?
Jika merujuk kepada sejarahnya, PAS gagal bertahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?
Apa yang perlu PAS lakukan?
Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah PAS. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin PAS memanggil perhimpunan agung tergempar.
Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan PAS.
Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin PAS berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas.
Yakinlah, jika PAS sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Mohammad Agus Yusoff ialah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Tulisan ini pertama kali tersiar di Facebook.
* Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Mohammad Agus Yusoff
Thu Jul 31 2014
Penulis tidak bersetuju dengan pendapat yang menyatakan PAS parti yang kuat jika bertanding sendirian.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Guru wanita cabul pelajar direhatkan - Fadhlina
Guru wanita yang didakwa mencabul seorang pelajar lelaki dalam kes tular baru-baru ini, direhatkan sehingga siasatan kes itu selesai.
Umat Islam perlu pertahan tradisi ilmu, akliah Al-Azhar - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa umat Islam di negara ini untuk terus pertahankan tradisi ilmu serta akliah, yang dihidupkan oleh Universiti Al-Azhar (Al-Azhar), Mesir.
P. Pinang pantau rapi kapasiti Empangan Air Itam
PBAPP mengambil langkah awal sejak Februari, dengan melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) menerusi beberapa strategi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
Kegiatan sindiket penyeludupan babitkan anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
PM ziarah Menteri Agama terima rawatan di Hospital Putrajaya
Perdana Menteri meluangkan masa menziarahi Datuk Mohd Na'im Mokhtar yang menerima rawatan susulan pembedahan kecil di Hospital Putrajaya.
[TERKINI] Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Calon KP J-Kom bakal diumum, struktur akan dirombak - Fahmi
Nama calon tersebut telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet dan pada masa yang sama kementerian itu dalam proses merombak struktur J-Kom.
Wahab sahkan identiti 'Mr H' kepada polis - Peguam
Penolong Pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani yang terbabit kontroversi video tular dengan Datuk Mohammad Agus Yusoff mengesahkan 'Mr H' yang mengupahnya merakam video adalah individu sama.
Identiti ‘Mr H’ masih misteri - Polis
Mohd Shuhaily berkata identiti Mr H juga masih misteri kerana hanya Abdul Wahab yang dapat mengesahkan individu berkenaan.
'Mr H' selesai beri keterangan - KPN
Polis mengesahkan individu yang dikenali sebagai "Mr H" berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai diambil keterangan hari ini.
"Mr H" tidak hadir beri keterangan kerana tidak sihat - KPN
Proses mengambil keterangan "Mr H" berkaitan penularan rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr
Video tular: Mohammad Agus dedah identiti 'Mr H'
Identiti "Mr H" yang didakwa terkait dengan video tular berkaitan dengan perbualan jelik telah didedahkan kepada pihak polis.
Bekas Ketua Pengarah J-KOM dipanggil hari ini di IPD Kajang - KPN
Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Belum ada laporan polis dari Wahab - PDRM
Polis belum menerima sebarang laporan dari Penolong Pegawai di J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, berhubung dakwaan rakaman video perbualan tular.
Polis rakam keterangan Mohammad Agus esok - KPN
Bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff akan dipanggil sekali lagi untuk dirakam keterangan pada Isnin.
PDRM akan panggil Mohammad Agus sekali lagi ambil keterangan - KPN
Razarudin berkata tempat untuk menyambung rakaman percakapan Mohammad Agus akan ditentukan kemudian.