JALAN TAR
Seorang wanita dilihat mencuba tudung yang dijual di Jalan TAR - Foto AWANI/Shahir Omar


KUALA LUMPUR: Walaupun begitu banyak pilihan untuk membeli-belah dewasa kini, namun Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) tetap menjadi pilihan utama bagi kebanyakan warga kota Kuala Lumpur untuk membeli barangan kelengkapan raya setiap tahun.

Jalan TAR akan mula sesak dek orang ramai yang berpusu-pusu membeli baju raya, lebih-lebih lagi pada hari-hari terakhir sebelum tibanya bulan Syawal.

Ini kerana kebanyakan kelengkapan raya seperti baju kurung, baju melayu serta kuih raya dijual di sana dengan harga yang lebih murah serta mempunyai pelbagai pilihan.

Jalan TAR mula rancak menjual kelengkapan raya sejak awal Ramadan dengan beberapa gerai turut dibuka di sepanjang lorong-lorong kecil.

LIHAT GALERI FOTO KEMERIAHAN JALAN TAR MENJELANG RAYA