Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah didikan dan ajaran kepada ibadah berpuasa yang perlu diterapkan sejak dari muda.

Selain ibu bapa, pusat penjagaan kanak-kanak seperti TASKA juga turut memainkan peranan dalam mendidik anak-anak untuk berpuasa.

Aktiviti harian sebuah TASKA di Gombak di bulan Ramadan, menunjukkan walaupun masih kecil mereka turut teruja untuk berpuasa.

Bagi penyelia TASKA Sunflower, pengurusan yang sistematik akan memudahkan proses mendidik anak kecil ini.

Untuk mengelakkan anak kecil ini letih aktiviti- aktiviti luar akan dihadkan.

Namun selain berpuasa didikan solat turut diberi perhatian.

Perkara yang paling penting adalah kegiatan anak-anak kecil ini sentiasa dipantau dan dididik dengan penuh kesabaran.

Di media sosial, beberapa ibu bapa turut teruja melihat anak-anak masing-masing menjalani ibadah di bulan Ramadan buat kali pertama.

Pelbagai aksi menarik anak-anak ini bila bersahur, berpuasa dan bertarawih buat kali pertama bersama keluarga.