awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Iran bertindak atas dasar pertahanan diri - Araghchi
MALAYSIA
UTM tersenarai 10 peratus universiti terbaik dunia
MALAYSIA
Energy Asia 2025: Asia terajui hala tuju baharu tenaga dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

GADGETS

Intel sedang bangunkan CPU Bartlett Lake dengan hanya teras prestasi

Amanz
Amanz
17/04/2025
09:34 MYT
Intel sedang bangunkan CPU Bartlett Lake dengan hanya teras prestasi
Intel Bartlett Lake CPU akan digunakan untuk rangkaian telekomunikasi dan internet, dengan model yang mempunyai 12 teras P-Core dan 24 bebenang kuasa. -Amanz
INTEL Bartlett Lake ialah siri CPU Intel yang sebelum ini hanya diperkatakan sebagai siri cip pemprosesan yang akan digunakan untuk tujuan khusus seperti penguasaan rangkaian telekomunikasi dan internet (Network and Edge.

Ringkasan AI
  • Intel Bartlett Lake CPU akan digunakan untuk rangkaian telekomunikasi dan internet, dengan model yang mempunyai 12 teras P-Core dan 24 bebenang kuasa.
  • CPU ini akan menggunakan soket LGA 1700, serasi dengan papan induk siri 600 dan 700, dan dijangka meningkatkan prestasi gaming tetapi kurang cekap kuasa.
  • Siri CPU Bartlett Lake dijangka mula dijual sekitar pertengahan tahun 2025 dan mungkin diperlihatkan di acara Computex Taipei pada penghujung Mei 2025.

Baru-baru ini, kemas kini kepada sistem operasi Linux telah memperkenalkan sokongan untuk cip pemprosesan Bartlett Lake, dan menerusinya ia telah ditemui bahawa terdapat sokongan untuk satu model cip pemprosesan tersebut yang hadir dengan sebanyak 12 teras P-Core (prestasi) dan 24 bebenang kuasa.
Ini cukup menarik kerana bermula dengan cip pemprosesan Meteor Lake, termasuklah Lunar Lake dan Arrow Lake, Intel tidak lagi menggunakan teknologi Hyper-Threading (di mana jumlah bebenang kuasa adalah 2x jumlah teras terbina).
Cip pemprosesan Intel Bartlett Lake juga nampaknya akan menggunakan soket LGA 1700 yang digunakan pada siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake dan Alder Lake sebelum ini, jadi papan induk Intel sebelum ini dari siri 600 dan 700 dan sebagainya nampaknya boleh digunakan bersama-sama CPU ini apabila ia dilancarkan kelak.
Penggunaan teras P-core sahaja mungkin bermakna bahawa gamer khususnya akan memperlihatkan peningkatan dari segi prestasi, tetapi satu kekurangan ketara ialah penggunaan kuasa yang tidak begitu cekap.
Ura-ura juga mengatakan bahawa Intel akan mula menjual siri CPU Bartlett Lake ini sekitar pertengahan tahun ini (Julai-September 2025) dan mungkin akan diperlihatkan sewaktu acara Computex Taipei yang akan berlangsung pada penghujung bulan Mei ini. -Amanz
Topic Berkaitan
#Intel
#Bartlett Lake
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami