Sekurang-kurangnya 13 orang maut selepas hujan monsun lebat mencetuskan banjir dan tanah runtuh di Mumbai serta beberapa kawasan di negeri Maharashtra, India. Bencana itu turut menjejaskan pengangkutan darat, perkhidmatan kereta api dan operasi penerbangan, selain memaksa pihak berkuasa mengeluarkan amaran merah susulan hujan berterusan.