Skip to main content

Hiburan

FFM35: Khadam dinobat Filem Terbaik, terima dana RM1 juta

Filem seram arahan Shamyl Othman itu membawa pulang sembilan trofi daripada 12 pencalonan dan satu Anugerah Khas Juri. - Gempak.com
Filem seram arahan Shamyl Othman itu membawa pulang sembilan trofi daripada 12 pencalonan dan satu Anugerah Khas Juri. - Gempak.com
Advertisement

KHADAM dinobatkan sebagai Filem Terbaik pada Malam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35) di Panggung Sari, Istana Budaya, pada Sabtu malam.

Filem seram arahan Shamyl Othman itu membawa pulang sembilan trofi daripada 12 pencalonan dan satu Anugerah Khas Juri.

Lapan trofi diraih dalam kategori pertandingan, manakala satu lagi menerusi lakonan Aghniny Haque yang menerima Anugerah Khas Juri.

Advertisement

Shamyl turut memenangi trofi Pengarah Terbaik, manakala Ezarra Nurzhaffira atau Zara Zhaff meraih Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem sama.

Sebagai pemenang Filem Terbaik, Khadam turut melayakkan pasukan penerbitannya menerima sokongan penerbitan bernilai RM1 juta menerusi Dana Kandungan Kreatif (DKK) yang disediakan Kementerian Komunikasi.

Advertisement

Filem hasil kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia itu turut dibintangi Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim.

Ia mengisahkan Melor, lakonan Aghniny, yang terpaksa mewarisi saka keluarga selepas kematian ibunya. Keadaan menjadi genting apabila saka itu menjelma menyerupai Melor dan mula mengambil alih peranannya sebagai isteri dan ibu.

Dalam kategori lakonan utama, Badak mencatat kemenangan berganda apabila Shaheizy Sam dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Aida Amron meraih Pelakon Wanita Terbaik.

Filem itu turut menerima Anugerah Khas Juri.

Sementara itu, Malam Terlarang membawa pulang dua trofi menerusi Aila Azizul bagi Pelakon Wanita Harapan dan Ameen Mustajab bagi Kesan Khas Visual Terbaik.

Senarai Penuh Pemenang FFM35

1. Filem Terbaik – Khadam
2. Pengarah Terbaik – Shamyl Othman (Khadam)
3. Pengarah Harapan – Ezrie Gazali (Abah Saya, Uncle Mike)
4. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Badak)
5. Pelakon Wanita Terbaik – Aida Amron (Badak)
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Kuben Mahadevan (Macai)
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Ezarra Nurzhaffira (Zara Zhaff) (Khadam)
8. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Jordan Kuan (The Waves Will Carry Us)
9. Pelakon Lelaki Harapan – Mierul Aiman (Tarung: Unforgiven)
10. Pelakon Wanita Harapan – Aila Azizul (Malam Terlarang)
11. Lakon Layar Terbaik – Fariza Azlina Isahak (Khadam)
12. Cerita Asal Terbaik – Sun-J Perumal dan Sivanatham Perianan (Macai)
13. Sinematografi Terbaik – Haris Hue (Khadam)
14. Penyunting Terbaik – Soo Mun Thye (The Waves Will Carry Us)
15. Skor Muzik Asal Terbaik – Rendra Zawawi (Khadam)
16. Penataan Seni Terbaik – Soon Yong Chow (Mother Bhumi)
17. Penataan Bunyi Terbaik – Soo Yuen Yiet (Khadam)
18. Lagu Tema Terbaik – Tak Berlagu (Ninavau). Komposer: NJWA dan Rendra Zawawi. Lirik: NJWA. Penyanyi: Ernie Zakri.
19. Rekaan Busana/Kostum Terbaik – Aida Fitri Buyong (Gayong 2)
20. Kesan Khas Visual Terbaik – Ameen Mustajab (Malam Terlarang)
21. Tatarias/Solekan Terbaik – Jessie Yeow (Khadam)
22. Poster Terbaik – Firdaus Mustapa (Blues)
23. Dokumentari Terbaik – Cekal: Kisah Bonnie Bunyau Gustin (Kayu Malam Productions Sdn. Bhd.)
24. Filem Pendek Terbaik – Salted Fish (Ikan Masin) (Kapsul Studio Sdn. Bhd.)
25. Anugerah Aksi dan Lagak Ngeri Terbaik – Defenderz Action Team (Tarung: Unforgiven)

Anugerah Khas

* Anugerah Khas Filem Box Office – Papa Zola The Movie
* Anugerah Khas Karyawan – Panchacharam P. Nalliah (Pansha)
* Anugerah Khas Sepanjang Zaman – Ahmad Yatim dan Fauziah Ahmad Daud
* Anugerah Khas Juri – Aghniny Haque (Khadam) dan Badak

Must Watch Video

Advertisement