Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 November 2026.

  1. Ahli Parlimen Kota Melaka mohon maaf susulan hantaran isu penutupan premis ketika solat Jumaat

    Beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangan berkenaan, khususnya dari segi pemilihan kata dan nada yang digunakan sehingga menimbulkan salah faham.

  2. Tragedi awal pagi: Dua kanak-kanak rentung atas katil

    Dua mangsa ditemukan di atas katil dan disahkan meninggal dunia.

  3. Tuanku Muhriz mahu integriti, tadbir urus baik jadi teras pentadbiran UKM

    Tuanku Muhriz menegaskan kepentingan integriti, ketelusan dan akauntabiliti dalam pentadbiran UKM untuk memperkukuh kepercayaan masyarakat terhadap institusi itu.

  4. Polis terima laporan dakwaan surat peletakan jawatan MB Negeri Sembilan

    Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan surat peletakan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan diserahkan kepada pihak istana tanpa persetujuan pada Sabtu.

  5. Jangan jadi 'kaduk naik junjung' selepas diberi kebebasan - Sultan Pahang

    Kebebasan yang dinikmati rakyat tidak seharusnya dijadikan lesen untuk bertindak sesuka hati atau mengetepikan adab, fakta serta asas kenegaraan, titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

  6. Sultan Pahang terima Ijazah Kehormat, Tengku Hassanal dimasyhur Canselor UniKL

    Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menerima Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan, pengiktirafan tertinggi Universiti Kuala Lumpur (UniKL), sebagai menghargai kepimpinan serta sumbangan baginda dalam membangunkan universiti berkenaan sejak menjadi Canselor pertamanya pada 2004.

  7. Amanah tidak bertanding PRN Sarawak, tumpu persiapan PRU16

    Amanah memutuskan tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak 12 Dis depan, bagi memberi tumpuan kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Presiden parti itu Datuk Seri Mohamad Sabu.

  8. Sektor awam catat tangkapan tertinggi SPRM Johor tahun ini

    Sektor awam mencatat jumlah tangkapan tertinggi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sepanjang tahun ini, melibatkan 41 individu atau 51.9 peratus daripada keseluruhan 79 tangkapan yang direkodkan.

  9. Graduan jangan cemerlang akademik tetapi kecundang akhlak - Sultan Pahang

    Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan graduan supaya tidak menjadi generasi yang cemerlang di dewan kuliah tetapi kecundang di medan akhlak.

  10. KPDN perkukuh pemantauan bekalan, harga barangan keperluan ketika monsun - Armizan

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperkukuh pemantauan bekalan serta harga barangan keperluan sepanjang musim Monsun Timur Laut bagi memastikan bekalan mencukupi dan kepentingan pengguna terus terpelihara, khususnya di kawasan berisiko banjir.

Must Watch Video

Advertisement