Skip to main content
Advertisement
25 lorong tikus dikesan di Perlis, kerajaan perkasa kawalan sempadan

25 lorong tikus dikesan di Perlis, kerajaan perkasa kawalan sempadan

Sebanyak 25 lorong tidak rasmi dikenal pasti di Perlis setakat September lalu, mendorong Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkukuh operasi bersepadu bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, tindakan penguatkuasaan turut menyasarkan tekong, pembiaya, perekrut dan rangkaian kewangan yang menyokong kegiatan penyeludupan.