[27 OGOS 2026] Sorotan Korporat: Prestasi kukuh IJM dan KLCCP, Setel dikenakan penalti
Bank Negara Malaysia mengenakan penalti RM637,500 ke atas Setel Ventures atas ketidakpatuhan keperluan sekatan kewangan tersasar. Dalam perkembangan korporat lain, IJM Corporation mencatat lonjakan keuntungan 43.7 peratus dan mengumumkan dividen khas, manakala KLCCP Stapled Group merekodkan pertumbuhan pendapatan dan keuntungan yang stabil bagi suku kedua 2026.