Prestasi pelabuhan persekutuan Q1 2026 meningkat kukuh - Fahmi
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri mengambil maklum prestasi operasi pelabuhan persekutuan bagi suku pertama 2026 yang mencatat 8,002,113 TEU, meningkat 8.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata peningkatan itu dipacu pertumbuhan transshipment 9.96 peratus dan kargo konvensional 2.9 peratus, sekali gus mengekalkan daya tahan perdagangan negara meskipun berdepan cabaran geopolitik Asia Barat.