Undang-undang tumpul, kuasa boikot jalan pintas hukum pengusaha bakar hutan
Apabila rundingan diplomatik menemui jalan buntu dan perjanjian antarabangsa seperti AATHP dilihat ‘tumpul’ tanpa kuasa hukuman, rakyat sebenarnya mempunyai satu senjata simpanan yang lebih tajam, iaitu kuasa boikot.
Ketua Penyelidik Unit Undang-Undang Antarabangsa Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd Hazmi Rusli berkata, tekanan ekonomi daripada pengguna merupakan antara jalan paling berkesan untuk menghukum syarikat korporat yang tidak bertanggungjawab dalam kegiatan pembakaran hutan.