Ahli perniagaan didakwa terima RM128 juta hasil aktiviti haram
Seorang ahli perniagaan didakwa atas tujuh pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM128.34 juta antara tahun 2012 dan 2013.
P Shailen, 58 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Jumaat.