Duta Malaysia ke China Datuk Norman Muhamad berkata lawatan dari 12 hingga 16 Oktober itu merangkumi siri pertemuan dengan kepimpinan Kerajaan China di Beijing sebelum Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, dijadual menghadiri Persidangan Pembangunan Pendidikan Teknikal dan Vokasional Sedunia (WVTEDC) 2026 di Tianjin bermula 15 Oktober ini.