Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri Mohd Fared Mohd Khalid berkata solat hajat itu diadakan selepas solat Maghrib sebagai usaha memohon pertolongan dan perlindungan daripada Allah SWT agar keadaan kualiti udara kembali baik serta kesihatan rakyat sentiasa terpelihara.