Akar umbi terima Alwiyah, demi bangsa Johor - Onn Hafiz
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, pencalonan Alwiyah Talib di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau diterima baik di peringkat akar umbi walaupun isu penyandang kerusi berkenaan menyertai Bersatu terus dimainkan pihak lawan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Onn Hafiz berkata, penerimaan itu selari dengan semangat Rumah Bangsa yang digagaskan Presiden UMNO, selain menyifatkan Alwiyah sebagai pemimpin yang mempunyai rekod perkhidmatan kepada rakyat.