Skip to main content

Dunia

Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembakan di utara White House

Laporan media menyatakan, penembak itu berkurung di tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di atas gimnasium tempat kejadian tembakan berlaku. - AP
Laporan media menyatakan, penembak itu berkurung di tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di atas gimnasium tempat kejadian tembakan berlaku. - AP
Advertisement

WASHINGTON: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala empat lagi cedera dalam kejadian tembakan kira-kira 1.6 kilometer di utara White House pada awal Khamis, lapor Xinhua yang memetik media Amerika Syarikat (AS).

Jabatan Polis Metropolitan (MPD), agensi penguatkuasaan undang-undang utama bagi Daerah Columbia, menerusi hantaran di platform X pada pagi Khamis memaklumkan bahawa polis berada di lokasi kejadian melibatkan “penembak aktif” berhampiran persimpangan 15th Street dan P Street Northwest, sambil menggesa orang ramai supaya menjauhi kawasan itu.

Sebahagian besar kawasan berkenaan serta jalan berhampiran telah dikepung.

Advertisement

Menurut laporan NBC4 Washington yang memetik sumber penguatkuasaan undang-undang persekutuan, penembak itu berkurung di tingkat atas sebuah bangunan pangsapuri yang terletak di atas gimnasium tempat kejadian tembakan berlaku.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement