Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 November 2026.

  1. Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar

    Kerajaan terbuka untuk menambah baik sistem SST sedia ada, termasuk menangani isu cukai berganda tanpa beralih kepada GST.

  2. ECRL ditetapkan pada 160 km/j demi keselamatan operasi

    Terowong Genting sepanjang 16.39km menjadi terowong rel terpanjang di Asia Tenggara, melengkapkan kerja pengorekan 40 terowong sepanjang jajaran ECRL.

  3. Kubur Besar Wang Kelian: Pesalah kes dihantar pulang setelah selesai jalani hukuman

    Enam lelaki warga Thailand termasuk empat pesalah dalam kes berkaitan kem penyeludupan migran dan penemuan kubur besar di Wang Kelian pada 2015, dihantar pulang ke negara asal mereka semalam.

  4. Tahanan rumah: Najib dikenakan syarat ketat, dikembalikan ke penjara jika langgar - Saifuddin Nasution

    Datuk Seri Najib Tun Razak dikenakan syarat ketat tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028, termasuk larangan keluar premis dan terlibat aktiviti politik atau media.

  5. Ketua Polis KL ingatkan anggota lepaskan tembakan jika ada keraguan, berdepan ancaman

    setiap anggota perlu sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tidak mengambil mudah sebarang situasi berisiko ketika menjalankan tugas.

  6. KPDN sedia gubal peraturan dedahkan sumber bekalan ayam, status halal

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersedia menggubal peraturan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 bagi membolehkan pengguna mengetahui sumber pusat penyembelihan serta status pensijilan halal bekalan ayam di pasaran.

  7. Malaysia perketat saringan kemasukan pelajar antarabangsa, elak jadi beban negara

    Kemasukan pelajar antarabangsa ke institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini tertakluk kepada proses saringan ketat bagi memastikan hanya calon berkelayakan diterima, sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi beban kepada negara.

  8. JSJK hantar pasukan siasatan penahanan 130 rakyat Malaysia di Pakistan

    Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan menghantar pegawai ke Pakistan dalam masa terdekat bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penahanan 130 rakyat Malaysia di Rawalpindi bulan lepas. 

  9. “Siapa yang derhaka?” – Anwar tegaskan hubungan dengan Agong kekal baik

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada pihak yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

  10. KDN perkukuh kawalan sempadan, tingkat keupayaan AKPS dan Polis Marin - Shamsul Anuar

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kawalan keselamatan sempadan dan pintu masuk antarabangsa negara menerusi pengisian perjawatan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) secara berfasa serta pemantauan berterusan oleh Pasukan Polis Marin.

 

Must Watch Video

Advertisement