Anwar ucap tahniah kepada Anutin selepas menang undian Parlimen
Menerusi satu hantaran di media sosialnya, Anwar berkata beliau berharap untuk meneruskan hubungan kerja rapat dengan Anutin serta memperkukuh kerjasama Malaysia-Thailand, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan, kerjasama sempadan, serta kestabilan rantau ini secara keseluruhan.