APMM tiada pusat tahanan, hanya lokap untuk tujuan siasatan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak mempunyai pusat tahanan khusus, sebaliknya hanya menyediakan lokap bagi menempatkan individu yang disyaki melakukan kesalahan sementara proses siasatan dijalankan kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.
Individu berkenaan akan ditempatkan di lokap bagi tujuan reman sebelum diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia atau Jabatan Imigresen Malaysia selepas hukuman dijatuhkan, untuk menjalani hukuman atau ditempatkan di pusat tahanan berkaitan.
Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat