Arab Saudi kurangkan kebergantungan kepada AS - Penganalisis
Arab Saudi dilihat semakin mengurangkan kebergantungan terhadap Amerika Syarikat dalam aspek keselamatan, dengan memilih pendekatan lebih berdikari dalam diplomasi serantau. Perubahan ini mencerminkan peralihan landskap geopolitik dunia ke arah keseimbangan kuasa yang lebih multipolar.