Australia melonggarkan nasihat perjalanan ke lima negara Timur Tengah susulan perjanjian damai yang dicapai antara Amerika Syarikat dan Iran bagi menamatkan konflik di rantau berkenaan. Menurut Menteri Luar Australia, Penny Wong, langkah itu melibatkan Bahrain, Israel, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), namun rakyat Australia masih disaran menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke negara-negara Teluk berikutan situasi keselamatan yang kekal tidak menentu.