Skip to main content

Malaysia

Khawarij yang masih berusaha jatuhkan kerajaan itu haram - Syeikh Wazir

Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki menyatakan bahawa usaha menjatuhkan pemerintahan yang adil adalah haram serta menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menyerupai tindakan golongan Khawarij yang menentang kepimpinan Islam dalam sejarah. -Gambar: Facebook Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki
Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki menyatakan bahawa usaha menjatuhkan pemerintahan yang adil adalah haram serta menyifatkan perbuatan tersebut sebagai menyerupai tindakan golongan Khawarij yang menentang kepimpinan Islam dalam sejarah. -Gambar: Facebook Tuan Guru Syeikh Haji Wazir Al-Makki

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menegaskan usaha menjatuhkan pemerintahan adil adalah dilarang syarak dan dikaitkan dengan fahaman Khawarij.
  • Penasihatnya, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, menyatakan tindakan menentang pemimpin adil yang membawa pembangunan bertentangan dengan prinsip Islam.
  • Majlis Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat dihadiri ribuan peserta serta pemimpin utama, bertujuan mengukuhkan perpaduan dan kefahaman Islam masyarakat.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Kesatuan Pondok-Pondok Kelantan menegaskan bahawa sebarang usaha untuk menjatuhkan pemerintahan yang adil adalah dilarang dari sudut syarak dan boleh dikaitkan dengan fahaman golongan Khawarij.

Penasihatnya, Syeikh Wazir Che Awang Al-Makki, berkata tindakan menentang pemimpin yang mentadbir secara adil dan membawa pembangunan kepada negeri serta negara bertentangan dengan prinsip Islam.

Menurut beliau, perbuatan sedemikian mengingatkan kepada sejarah kemunculan golongan Khawarij yang pernah menentang pemerintahan Saidina Uthman RA serta mengangkat senjata dalam konflik melibatkan Saidina Ali RA.

Advertisement

“Golongan yang berterusan merancang dan berusaha untuk menjatuhkan dua orang tokoh yang berlaku adil termasuk dalam kelompok Khawarij dan perbuatan itu adalah haram.

“Lebih-lebih lagi apabila pemimpin tersebut berusaha membangunkan negeri dan negara, namun masih wujud pihak yang siang dan malam memikirkan cara untuk menjatuhkan mereka, nauzubillah, nauzubillah, nauzubillah. Haram, haram, haram” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat yang berlangsung di Dataran Muhammadi, di sini, pada Sabtu.

Program itu turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud, serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan.

Majlis berkenaan menghimpunkan ribuan hadirin dan diisi dengan program keagamaan serta selawat sebagai usaha mengukuhkan perpaduan dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat.

Must Watch Video

Advertisement