Skip to main content

Malaysia

Kerajaan lulus RM250 juta bagi projek Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat di perkarangan Masjid Muhammadi, malam ini.  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Sebarkan Salam@Kota Bharu Berselawat di perkarangan Masjid Muhammadi, malam ini. -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Advertisement

Ringkasan AI

  • Kerajaan meluluskan peruntukan RM250 juta untuk projek menaik taraf Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Surat kelulusan projek tersebut telah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
  • Kerajaan turut menyediakan geran tambahan kira-kira RM200 juta bagi memperkasakan usahawan kecil, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Advertisement

KOTA BHARU: Kerajaan meluluskan RM250 juta bagi projek menaik taraf terminal bas Kota Bharu Sental, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurutnya, surat kelulusan projek terminal bas itu sudah dihantar kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

"Baru-baru ini menteri besar sekolah okey sekolah agama pun okey tetapi terminal bas yang tidak dibaiki lagi. Saya telah lulus... baru hantar surat kepada datuk MB (untuk) Terminal Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral.

Advertisement

"Terminal bas bukan RM250,000 tetapi RM250 juta," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kelantan di sini hari ini.

Selain itu, Anwar berkata, kerajaan menyediakan geran tambahan kira-kira RM200 juta bagi memperkasakan keupayaan usahawan kecil, khususnya dalam kalangan golongan berpendapatan rendah.

Advertisement

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata bantuan berskala kecil mampu memberi pulangan bermakna kepada peniaga sekiranya disalurkan mengikut keperluan sebenar perniagaan masing-masing.

Sebagai contoh, beliau merujuk kepada peniaga yang hanya memerlukan modal antara RM1,800 hingga RM5,000 untuk mendapatkan kelengkapan asas seperti peti sejuk yang dapat membantu menyelamatkan stok jualan.

Must Watch Video

Advertisement