ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 31 Oktober 2026.
Jenayah siber: Polis sahkan 130 rakyat Malaysia ditahan di Pakistan - KPN
Senarai penuh profil individu terbabit belum diperoleh, namun mereka disahkan sebagai pemegang pasport Malaysia yang merangkumi pelbagai kaum.
AGC tidak campur tangan kembalikan Mohd Shuhaily ke PDRM
Mohd Dusuki berkata AGC hanya berperanan memberi pandangan dari segi undang-undang tetapi isu berkenaan Mohd Shuhaily itu adalah urusan pentadbiran KDN.
Ayam disyaki mati sebelum disembelih: Dedahkan nama syarikat, pengedar - Radzi
Pendedahan itu penting susulan laporan polis bahawa ayam dipercayai direndam dalam air panas sehingga mati sebelum disembelih.
PRN Melaka: 79 calon sah bertanding - Pengerusi SPR
Calon terdiri daripada pelbagai parti, gabungan politik serta calon Bebas, dengan 65 lelaki dan 14 wanita bertanding di 28 kerusi.
ADUN Mata Ayer Wan Badariah meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad, meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah pada jam 4.26 petang.
Renjat ayam hingga mati, premis di Puchong sembelih bangkai - MAIS
Pemeriksaan mendapati kadar voltan elektrik dipercayai digunakan terlalu tinggi sehingga menyebabkan ayam mati serta-merta sebelum penyembelihan.
Pengunjung Kenduri Rakyat Bella-Syed Saddiq tonjol kepelbagaian budaya Sabah
Orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat mula beratur di Padang Merdeka di sini seawal 5.30 pagi untuk menghadiri Kenduri Rakyat meraikan pasangan selebriti Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Kerajaan tidak akan muflis kerana bantu golongan miskin - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menjadi miskin atau muflis kerana membantu golongan miskin sebaliknya kerosakan ekonomi negara berpunca daripada salah laku kepimpinan, rasuah dan ketirisan.
Zahid sokong CSA diperluas kepada parti lain, termasuk pembangkang
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) diperluas kepada parti politik lain.
Kudrat 1968: High Council raih RM6.5 juta dalam dua hari
Filem Kudrat 1968: High Council terus mencetuskan fenomena apabila berjaya mencatat kutipan terkumpul sebanyak RM6.5 juta, termasuk tayangan awal dan dua hari tayangan rasmi sejak ditayangkan di pawagam pada 29 Oktober lalu.