Aspek infrastruktur bawah tanah di ibu negara dipersoal
Insiden lubang benam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar lokasi kejadian.
Di sebalik kejadian itu, timbul persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur bawah tanah di ibu negara terutama apabila insiden hampir serupa pernah berlaku hingga meragut nyawa dalam insiden pada Ogos 2024 di Masjid India.