Sindiket seludup PATI guna laluan Singapura-Phuket-Kelantan, bayaran cecah RM10,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mendedahkan sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) sanggup menerbangkan migran dari Singapura ke Phuket sebelum membawa mereka merentasi Thailand melalui jalan darat dan memasuki Malaysia menggunakan bot menerusi perairan Kelantan.