Ganjaran emas acara berpasukan naik 166.67 peratus kepada RM40,000
Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pelaksanaan kadar baharu itu memberikan manfaat kepada 66 atlet daripada 10 pasukan membabitkan enam sukan iaitu sepak takraw, skuasy, hoki, berbasikal trek, karate dan e-sukan yang meraih pingat pada temasya sukan terlibat tahun ini.