Kes penyeludupan dadah di KLIA meningkat dua kali ganda
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan peningkatan dua kali ganda kes penyeludupan dadah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dengan 108 kes direkodkan bagi tempoh Januari hingga Julai tahun ini, berbanding 54 kes dalam tempoh sama tahun lalu.