Demam Denggi | Kes di Tawau naik 10 kali ganda
Kes demam denggi di daerah Tawau, Sabah mencatatkan peningkatan lebih 10 kali ganda hanya dalam tempoh 15 hari bagi tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.
Selain faktor cuaca di musim tengkujuh, peningkatan didorong sikap penduduk yang tidak mengutamakan kebersihan persekitaran kediaman.