Skip to main content

Advertisement

Kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia selamat tiba di Mekah

Kumpulan pertama Jemaah Haji Malaysia selamat tiba di Mekah

Ikuti laporan Hilal Azmi dan Essan Yahya yang kini berada di Mekah mengikuti rapat perkembangan terkini pergerakan Jemaah Haji Malaysia.

Ketika ini, kumpulan pertama dari penerbangan KT001 telah selamat tiba ke Mekah dari Madinah.

Seramai 260 jemaah kumpulan KT01 tiba pada 4.30 petang Khamis waktu tempatan dan ditempatkan di Hotel Abraj Al Tayseer yang turut menjadi ibu pejabat operasi Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah.