Nepal keluarkan amaran banjir baharu susulan paras aliran air Sungai Bhote Koshi meningkat
Pihak berkuasa Nepal mengeluarkan amaran baharu mengenai potensi berlaku satu lagi kejadian banjir selepas paras aliran air bercampur serpihan dan lumpur dilaporkan meningkat di jajaran Sungai Bhote Koshi yang sama, iaitu lokasi bencana banjir kilat melanda pada Rabu.