Skip to main content

Malaysia

Bomba ambil masa lebih 10 jam alih lori terbalik di Teluk Bahang

Bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk mengalihkan lori 10 tan terbalik di Jalan Teluk Bahang, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk. -Foto Facebook Penang Community
Bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk mengalihkan lori 10 tan terbalik di Jalan Teluk Bahang, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk. -Foto Facebook Penang Community

Ringkasan AI

  • Bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk mengalihkan lori 10 tan terbalik di Jalan Teluk Bahang, menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk.
  • Pemandu lori berusia 20 tahun tidak cedera dan berjaya keluar sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
  • Operasi turut melibatkan pemotongan pokok tumbang dan bantuan pelbagai agensi, selesai sepenuhnya pada 1.12 pagi.
Advertisement

GEORGE TOWN: Bomba mengambil masa lebih 10 jam untuk mengalihkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan tanah selepas kenderaan itu terbalik dan melintang jalan berhampiran Hotel Bahang Bay, Jalan Teluk Bahang di sini semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.14 petang dan kerja-kerja mengalihkan lori berkenaan selesai kira-kira 12.53 tengah malam tadi.

โ€œKemalangan yang menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk itu melibatkan sebuah lori dan pemandunya, seorang lelaki berusia 20 tahun yang tidak mengalami sebarang kecederaan, berjaya keluar daripada kenderaan itu sebelum ketibaan pasukan bomba.

Advertisement

โ€œOperasi mengalihkan lori itu turut dibantu dua jentera kren milik swasta, namun sebuah kren berkenaan dihempap sebatang pokok yang tumbang dan melintangi jalan. Tiada mangsa lain terlibat dalam kejadian itu,โ€ katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata pihak bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok tumbang sebelum meneruskan operasi mengangkat lori yang turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.

Advertisement

Beliau berkata operasi itu ditamatkan sepenuhnya pada 1.12 pagi.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement