Isu teknikal punca graf penggunaan elektrik tidak tepat – TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan, terdapat isu teknikal dalam aplikasi myTNB hingga menyebabkan paparan graf penggunaan elektrik bagi Julai tidak tepat.
Menerusi kenyataan pada Selasa, TNB memberi jaminan, bacaan penggunaan sebenar tidak terjejas susulan aduan berlaku peningkatan luar biasa dalam graf penggunaan kilowatt jam bagi sesetengah pelanggan.