Harga diesel bersubsidi seluruh negara turun kepada RM2.10 seliter mulai Julai - PM
Anwar berkata penurunan harga berkenaan akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui BUDI Madani RON95 (BUDI95).