Skip to main content
Advertisement
Rasionalisasi UiTM Tawau tidak harus bawa kepada penutupan operasi

Rasionalisasi UiTM Tawau tidak harus bawa kepada penutupan operasi

Cadangan rasionalisasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Tawau tidak seharusnya membawa kepada penutupan operasi kampus itu.

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kepentingan UiTM Tawau perlu dinilai melangkaui faktor jumlah kemasukan pelajar semasa, sebaliknya turut mengambil kira tanggungjawab sosial kerajaan dalam menyediakan akses pendidikan tinggi di kawasan Pantai Timur Sabah.