Teknologi AI tidak harus tertumpu kepada segelintir bahasa – Macron
Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberi amaran bahawa pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak seharusnya tertumpu kepada segelintir bahasa sehingga meminggirkan sebahagian masyarakat dunia. Berucap pada Sidang Kemuncak Frankofoni Ke-20 di Phnom Penh, Kemboja, beliau turut menggesa agar bahasa Perancis dijadikan antara bahasa utama dalam latihan model AI.