Skip to main content
Advertisement
Remaja 15 tahun dirogol lelaki warga asing di Tawau

Remaja 15 tahun dirogol lelaki warga asing di Tawau

Kebimbangan seorang bapa selepas anak perempuannya dilaporkan tidak pulang ke rumah membawa kepada penahanan seorang lelaki warga asing disyaki merogol remaja bawah umur itu dalam satu operasi di Tawau, Sabah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Wilynton Enchana Watt berkata, suspek berusia lingkungan 18 tahun itu ditahan di kawasan tempat letak kereta sebuah masjid di Batu 2, Jalan Apas.